Nasihat : Kisah Teladan


Photo 0567


" Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

"Akan datang waktunya umat Nabi akan mencintai lima lupa kepada yang lima

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat. 

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.


DSC_0237_2

Imam al-Ghazali ada memberi nasihat untuk membersih hati daripada penyakit yang memyebabkan seseorang itu merasa ria', bangga, ego dan sebagainya.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih tua hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka telah lama hidup dan telah banyak amalan yang mereka lakukan.


- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak maka hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka baru sedikit melakukan dosa berbanding kamu yang lebih lama hidup dan lebih banyak dosa.


- Apabila kamu berjumpa dengan orang melakukan maksiat maka hendaklah kamu berkata bahawa mereka melakukan maksiat kerana jahil tentang dosa dan pahala sedangkan kamu melakukan maksiat sedangkan kamu mengetahuinya.



- Apabila kamu berjumpa ulama' atau orang alim maka kamu hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kamu kerana mempunyai banyak ilmu sedangkan kamu kurang ilmu.



Publishing : Admin
 
Return to top of page SiteMap Follower TV Online Copyright © 2010 - 2016 | All Rights Reserved | SaHaBaT BUKIT BOTAK Edited by LAG