Nasihat : Bacalah Supaya Memahami orang lain.... (Surat)



http://sphotos-b.xx.fbcdn.net/hphotos-prn1/67251_353860731390426_944458956_n.jpg
Sumber Gambar : Motosikal

Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,Seluruh Negeri,
Malaysia.


Tuan/Puan



Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan 

dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang
tidak pernah berpengalaman menjadi 
penunggang motorsikal 

atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal
bahawa:

Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. 

Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana
kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN

Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggang
motor di laluan bertentangan, kami layak dihormati. Jangan memotong dengan
tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.


3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu 

sebelum menukar lorong, sebab yang parah bukan anda tapi
kami.


4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. 

Kami layak dihormati sama seperti orang lain.

5) Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati 

mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu
jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. 

Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan 
termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan 
kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal

Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga 
dengan harta dunia.

Sekian.

Yang menunggang motorsikal..
P/S : Tolong Share ^^





Publishing : Admin

 
Return to top of page SiteMap Follower TV Online Copyright © 2010 - 2016 | All Rights Reserved | SaHaBaT BUKIT BOTAK Edited by LAG