Info : M’sia Perlu Pembangkang Yang Berkualiti



SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang menjadi tumpuan politik tempatan ekoran kenyataan kontroversi sejak baru-baru ini, mengakui negara demokrasi memerlukan pembangkang.
Bagaimanapun menurut beliau, barisan pembangkang itu sewajarnya terdiri daripada barisan “berkualiti” untuk menstabilkan hala tuju negara.


Musa yang bersara sebagai Ketua Polis Negara dua tahun lalu berkata, pembangkang dapat mengelak kerajaan daripada “bermaharajalela”, dengan menggunakan kuasa ke atas rakyat secara sewenang-wenangnya.
“Sesebuah negara demokrasi perlu ada pembangkang, tapi perlu ada kualiti untuk menentukan apa yang perlu dibantahnya.
“Kalau tak ada pembangkang, pemerintah kerajaan akan bermaharaja lela dalam menggunakan kuasa.
“Bukan buat bantahan sesuka hati yang akan mencetuskan perkara lain yang ancam keselamatan dan sebagainya,” kata beliau pada Wacana Sinar Siri ke-16, bertajuk “Politik Samseng Di Mana Maruah Kita?” di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.


“Kedua-dua pihak kita siasat kalau terlibat masalah, bukan kita propaganda tetapi kalau masalah ini tidak kawal, akan jadi masalah contohnya seperti 13 Mei.
“Semua kena bersama-sama untuk perbetulkan kedaan,” katanya.- SINAR HARIAN


Publishing : Admin
 
Return to top of page SiteMap Follower TV Online Copyright © 2010 - 2016 | All Rights Reserved | SaHaBaT BUKIT BOTAK Edited by LAG