Info : PTPTN Pelajar Kuis Juga Dibekukan

PTPTN Pelajar Kuis Juga Dibekukan : sebelumnya di artikel lepas adalah Unisel dan kini PTPTN pelajar Kuis juga dibekukan.



Datuk Ismail Mohamed Said yang adalah Pengerusi PTPTN ketika dihubungi WebBerita semalam mengesahkan kemudahan bantuan kewangan PTPTN turut dibekukan kepada pelajarKuis buat sementara waktu sama seperti tindakan yang berkuatkuasa ke atas Unisel.


“Ya, pembekuan PTPTN tetap dilakukan kepada Kuis juga sementara waktu.  Alasannya juga sama seperti yang dikenakan terhadap Unisel, kerana ingin memberi laluan kepada kerajaan Selangor dibawah teraju Pakatan Rakyat membuktikan relevannya manifesto mereka dalam penghapusan PTPTN dan pemansuhan yuran pengajian terhadap institusi pengajian tinggi awam IPTA,” Ujarnya.
Katanya, PTPTN tidak membekukan kemudahan dana tersebut kerana agenda politik semata, tetapi ingin memberi peluang dan laluan kepada Kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat) melaksanakan rancangan mereka yang mahu memperkenalkan pendidikan percuma.
“Sementara ini, kami beri peluang pada PR melaksanakan apa yang dirancang oleh mereka dan bukan atas sebab agenda politik. Kami nak kerajaan Selangor buktikan relevannya pendidikan percuma dan tanpa pinjaman PTPTN kepada pelajar baru mereka nanti,” katanya.

p:s// :  Menyerlahkan kejahatan, Kalau dah RIBA' tu RIBA' jelah..
Link Untuk Bacaan RIBA : ninja-note-riba





Publishing : Admin
 
Return to top of page SiteMap Follower TV Online Copyright © 2010 - 2016 | All Rights Reserved | SaHaBaT BUKIT BOTAK Edited by LAG