Ninja : Note Menukar Background Logon Dalam Windows 7 Secara Manual




Anda perlu login windows sebagai "Administrator" dahulu untuk melakukannya. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya anda menggunakan akaun "Guest".



1. Klik button START dan search "regedit". Kemudian, klik "regedit" tersebut.
2. Satu notis akan timbul yang meminta kebenaran anda untuk mengaktifkan aplikasi tersebut. Klik sahaja di "Yes".








3. Setelah  Registry Editor itu diaktifkan, right-click di HKEY_LOCAL_MACHINE dan pilih "Find".
4. Apabila sudah muncul kotak Find, taip OEMBackground dan setkan yg lainnya seperti di dalam gambar. Kemudian tekan "Find Next" dan tunggu sehingga proses pencarian tamat.



5. Setelah proses pencarian telah tamat, akan muncul bernama "OEMBackground". Klik dua kali di situ.
6. Tukarkan "Value Data" dari 0 kepada 1. Kemudian tekan Ok dan close Registry Editor.




7. Sekarang ini bahagian anda untuk memasukkan gambar yang anda inginkan. Mula sekali, anda perlu membuka (Computer > Local Disk (:C) > Windows > System32 > Oobe)
8. Tekan Ctrl+Shift+N dan  seperti biasa, notis akan timbul. Tekan sahaja Yes.Namakan folder baru itu sebagai "info". Setelah itu, masuk ke dalam folder "info" dan tekan sekali lagi Ctrl+Shift+N, tekan Yes dan namakan folder baru itu sebagai "backgrounds". Kemudian, buka folder "backgrounds" tersebut.
9. Setelah folder yang "backgrounds"  tersebut dibuka, minimize kan dahulu windows tersebut dan copykan gambar yang anda telah pilih ke dalam folder  "backgrounds" yang anda minimize kan tadi. Apabila anda paste, notis akan timbul dan tekan saja Yes. Rename kan gambar anda di dalam folder  "backgrounds"  tadi sebagai backgroundDefault.

PERINGATAN !!
1) Saiz file gambar anda tadi tidak boleh melebihi 256 KB.
2) Saiz gambar anda mestilah bersesuaian dengan saiz skrin anda. Jika tidak, gambar itu akan menjadi kembang dan pudar.

Untuk melihat keadaan background logon anda, anda boleh melakukannya dengan menekan start dan klik anak panah kecil sebelah "shut down" serta pilih Switch user atau Log off.





Publishing : Admin

 
Return to top of page SiteMap Follower TV Online Copyright © 2010 - 2016 | All Rights Reserved | SaHaBaT BUKIT BOTAK Edited by LAG