Nasihat : " DERHAKA "





Saya kira semua tahu hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat dan kisah kesudahan persahabatan mereka yang menyaksikan Tuah membunuh Jebat. Ia berpunca dari fitnah terhadap Tuah yang menghasilkan tindakan melulu Sultan Melaka menghukum Tuah dibunuh tanpa usul periksa



Keputusan Sultan pada ketika itu telah pun menyebabkan beberapa tindakan derhaka berlaku. 

Bendahara derhaka kerana tidak membunuh Tuah, sebaliknya menyembunyikan Tuah. Tuah derhaka kerana tidak memastikan dirinya dibunuh, walaupun titah Sultan supaya dia dibunuh.

Akhirnya Jebat menderhaka kerana telah membantah keputusan yang dibuat oleh Sultan Mansur Shah. 
Kesimpulannya kesemua derhaka!

Derhaka Bendahara dipuji Sultan kemudiannya, Tuah diampun dan diterima kembali, sedangkan derhaka Jebat dimurkai baginda Sultan.

Namun hakikatnya ketiga-tiga watak utama telah menderhaka. Derhaka Jebat tidak diampunkan kerana berterangan dan mencabar Sultan

Derhaka Bendahara dan Tuah diampunkan kerana diketahui Sultan pada ketika ianya mendatangkan manfaat kepada baginda Sultan.

Ahli sastera dan cendiakawan Melayu sering membahaskan siapa yang lebih mulia,
Tuah yang taat kepada Sultan sehingga sanggup membunuh Jebat atau Jebat yang bangun membela sahabatnya yang dizalimi. 

Ada yang berpandangan Tuah yang ‘hero’, ada yang mengatakan Jebat. Namun kedua-dua pandangan bersetuju bahawa keputusan melulu yang kurang bijak yang dibuat oleh Sultan adalah punca segala-galanya. 

Mereka juga bersetuju bahawa pencacai dan pemfitnah Hang Tuah-lah yang merupakan musuh sebenar Negeri Melaka pada ketika itu!

Adakah ini cerita rekaan ataupun ini adalah iktibar kepada kita....^.^



Publishing : Admin

 
Return to top of page SiteMap Follower TV Online Copyright © 2010 - 2017 | All Rights Reserved | SaHaBaT BUKIT BOTAK Edited by LAG