Info : Panduan Solat Qasar Dan Jama'


Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:


i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu       tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika  kamu takut diserang oleh orang kafir…”
     
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” 
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

Doa : Doa Menghindari Fitnah Dajal


DSC_0006-01(FILE)
kredit : lutfi
[klick untuk tumbesaran]

“Ya Allah,aku berlindung kepadaMu dari azab neraka, 
aku berlindung kepadaMu dari azab neraka jahannam, 
aku berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian 
dan berlindung kepadaMu dari Al - Masih Dajjal”

 
Return to top of page SiteMap Follower TV Online Copyright © 2010 - 2016 | All Rights Reserved | SaHaBaT BUKIT BOTAK Edited by LAG